Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat Sabah jangan takut tampil berinovasi - Isnaraissah


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





TUARAN, 10 Jualai (Bernama) -- Masyarakat Sabah perlu lebih aktif dan kreatif melakukan projek inovasi untuk menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negeri.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah berkata, ia memerlukan mereka membuang sikap takut menghadapi kegagalan yang bukan sahaja menjadi penghalang daya inovasi seseorang, malah akan memberi impak terhadap pembangunan dan kemajuan negeri ini.

"Saya percaya masyarakat negeri ini sering berpandangan bahawa tahap kemajuan dan pembangunan negeri ini ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia kerana mereka melihat ukuran kemajuan hanya dari segi pembangunan fizikal semata-mata.

"Namun kita sebenarnya perlu terlebih dahulu mengubah  cara kita berfikir iaitu jangan takut gagal dan buang segala persepsi negatif tentang inovasi supaya dapat setanding dengan negeri-negeri lain yang lebih maju," katanya kepada pemberita selepas Seminar Memupuk Budaya Inovasi dalam Sektor Awam di sini, hari ini.

Menurutnya masyarakat tidak perlu risau meskipun hanya tampil melakukan projek inovasi kecil-kecilan kerana bidang berkenaan mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pengusahanya.

Dalam program berkenaan seramai kira-kira 190 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan awam didedahkan dengan empat program yang ditawarkan oleh MESTECC.

Ia untuk mengembangkan inovasi selain menggalakkan masyarakat supaya berani melibatkan diri dalam keusahawanan projek inovasi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel