Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penggunaan alat pengesan gas di sekolah di Pasir Gudang sesuai digunakan


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





JOHOR BAHRU, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya  alat pengesan gas yang dipinjamkan kepada 111 sekolah tidak sesuai  untuk digunakan di sekolah.

“Boleh (digunakan)…tiada masalah. Alat pengesan ini hanya merupakan indikator awal untuk membaca VOC (Volatile Organic Compounds) sekali gus membantu para guru bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti mengosongkan bilik darjah di tingkat tiga atau empat.

“Kalau ada bacaan VOC (Volatile Organic Compounds) yang tinggi, guru-guru akan terus memaklumkan kepada JAS untuk kita membawa alat bacaan gas lebih sensitif dan canggih iaitu gasmet untuk mengukur jenis-jenis VOC yang ada,” kata pengarah JAS  Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaafar.  

Peralatan tersebut dipinjamkan ke sekolah-sekolah berkenaan sejak 4 Julai susulan insiden pencemaran udara yang mengakibatkan lebih 100 pelajar mengalami sesak nafas dan muntah-muntah.

Ada kalangan  pembangkang di Johor hari ini mendakwa alat tersebut tidak sesuai digunakan di sekolah dan menganggap kononnya ia satu pembaziran.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel