Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga bot asing curi hasil perikanan negara ditahan


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KEMAMAN, 10 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga bot nelayan asing bersama 34 nelayan termasuk tekong yang dipercayai menceroboh dan mencuri hasil perikanan negara melalui Op Iman yang dijalankan di sekitar perairan Terengganu, Isnin lepas.

Pengarah Maritim Zon Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata semua bot nelayan terbabit ditahan kira-kira 11.35 pagi hingga 5.55 petang pada jarak 73 hingga 104 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“APMM turut merampas 2,500 kilogram ikan campur, 1,000 kilogram ikan baja, diesel anggaran 1,250 liter serta peralatan menangkap ikan. Kesemua rampasan tersebut bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 32 yang ditahan itu ialah warga Vietnam sementara dua lagi warga Thailand. Kesemua mereka berumur 16 hingga 59 tahun.

Rashidilhadi berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya ketiga-tiga bot tersebut menggunakan nombor pendaftaran tempatan dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. 

Katanya kesemua nelayan bersama bot dan hasil rampasan terbabit telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel