Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTeM hulur bantuan kepada mangsa banjir di Melaka


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





MELAKA,10 Julai (Bernama) -- Mahasiswa, kakitangan serta pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut sama tidak mahu ketinggalan dalam menyertai usaha menghulur bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk di sekitar sini yang dilanda musibah banjir sejak beberapa hari lepas.

Naib Canselornya Prof Dr Raha Abdul Rahim berkata pelajar serta kakitangan UTeM memang sentiasa digalakkan untuk berkhidmat bagi membantu masyarakat setempat mehupun di luar dari Melaka, dan inisiatif ini diadakan sepanjang tahun bagi meringgankan beban masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Beliau berkata usaha membantu mangsa banjir itu telah dimulakan sejak 8 Julai lagi apabila UTeM tidak ketinggalan menghulurkan bantuan berbentuk makanan serta barang-barang kegunaan harian khusus buat warga emas, kanak-kanak dan juga bayi.

Katanya selain itu bantuan turut dihulurkan dalam bentuk khidmat membersihkan rumah mangsa banjir oleh warga UTeM di sekitar negeri ini, disamping membantu mangsa banjir mengangkat peralatan dalam rumah mereka ke tempat lebih tinggi, semasa banjir baru bermula.

“Lebih daripada 30 orang mahasiswa dan kakitangan UTeM telah tampil memberi bantuan dan ia dilakukan secara sukarela bagi meringgankan beban mangsa banjir,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Penolong Naib Censelor Jaringan Industri Dan Masyarakat UTeM, Prof Dr Goh On Sing berkata susulan kejadian banjir kilat baru-baru ini, sehingga kini pihaknya berjaya membersihkan 20 buah rumah mangsa bencana itu di sekitar sini.

“Setiap tahun kita mendapat sambutan baik dari kalangan sukarelawan, apabila ramai mahasiswa dan kakitangan UTeM yang sudi mengikuti program kebajikan ini, contohnya inisiatif membantu mangsa banjir di Kelantan pada 2014,” katanya.

Keadaan banjir kilat di Melaka semakin pulih apabila hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam yang kini menempatkan seramai 45 orang mangsa dari enam buah keluarga setakat pukul 4.00 petang.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel