Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sistem bidaan JPJeBid diperluas ke Kedah


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pelaksanaan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan dalam talian JPJeBid diperluaskan ke Kedah untuk bidaan bagi siri KET, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata bidaan bagi nombor pendaftaran KET dibuka selama lima hari bermula 12 tengah malam ini.

Katanya, harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu RM20,000 bagi nombor bernilai utama, RM3,000 bagi nombor utama, RM800 bagi nombor popular dan RM300 bagi nombor biasa.

"Tawaran bidaan terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas serta syarikat berdaftar," katanya dalam kenyataan hari ini..

Kaedah pembayaran bidaan menerusi sistem ini boleh dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit tempatan sahaja.

Beliau berkata pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran fi perkhidmatan RM10 bagi setiap nombor yang dibida namun setiap individu hanya layak memenangi maksimum tiga nombor kenderaan manakala bagi syarikat pula tidak lebih lima nombor kenderaan sahaja.

Projek rintis sistem JPJeBid dilaksana bagi nombor pendaftaran khas untuk Putrajaya iaitu FC pada April lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel