Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dewan Rakyat lulus pindaan akta syarikat


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2019 bertujuan menjelaskan beberapa peruntukan di dalam Akta Syarikat 2016 (Akta 777), diluluskan Dewan Rakyat dengan pindaan hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata pindaan tersebut membolehkan polisi berkaitan syarikat dilaksana secara efektif dan teratur.

“Ada ramai ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan menimbulkan kerisauan tentang sekiranya kita memudahkan prosedur penubuhan syarikat atau ekosistem perniagaan, ada sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan untuk membuat kegiatan jenayah dan penipuan orang ramai.

"Saya mahu jelaskan bahawa kerangka Akta Syarikat adalah untuk mengawal selia tadbir urus syarikat manakala untuk menangani kegiatan jenayah atau penipuan itu adalah di bawah kerangka undang-undang yang berlainan," katanya.

Terdahulu, dalam pembentangan bacaan kali kedua RUU itu, Chong berkata Akta 777 mula dikuatkuasakan pada 31 Jan 2017, yang telah memansuh dan menggantikan Akta Syarikat 1965 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran syarikat dan perbadanan serta perkara lain yang berkaitan.   

Katanya, sejak Akta 777 berkuat kuasa pihak kementerian itu melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menerima maklum balas termasuk daripada Bursa Malaysia mengenai kewujudan beberapa peruntukan dalam Akta tersebut yang perlu dipinda untuk memastikan pelaksanaan serta amalan perundangan yang lebih efektif.

Sidang dewan bersambung esok.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel