780nQ3obImo 17 nelayan tempatan ditahan positif dadah di perairan Kuala Kedah
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

17 nelayan tempatan ditahan positif dadah di perairan Kuala Kedah


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





ALOR SETAR, 10 Julai (Bernama) -- Seramai 17 nelayan tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar di perairan Kuala Kedah dekat sini, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata 25 nelayan menjalani saringan air kencing dan 17 daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu dan heroin semasa operasi bermula 9 pagi hingga 5 petang tadi.

“Kesemua nelayan yang didapati positif dadah ini telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut oleh pihak AADK,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mahmad Faizal berkata operasi itu bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sekitar kawasan tersebut, di samping mencegah pelakuan jenayah maritim lain.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melanggar undang-undang perairan negara dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dan sebarang aduan di laut, menghubungi talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579," katanya.        

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel