Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PTSI mekanisme tangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





NILAI, 10 Julai (Bernama) -- Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) adalah satu mekanisme yang diwujudkan dalam menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau berkata pelan ini dibangunkan bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, agensi dan kementerian berkaitan, ahli-ahli akademik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Di peringkat Jakim, pihak kita telah mengambil inisiatif untuk merangka PTSI yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Islam Malaysia kali ke-66 serta dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 Jun lepas,” katanya dalam ucapan pada Majlis perasmian Seminar Kebangsaan Isu Sosial di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jakim Ahmad Musadad Sulaiman.

Mohamad Nordin berkata pelan itu merupakan pelan tindakan yang lebih komprehensif dan bersifat semasa. 

Mengenai seminar itu, beliau berkata melalui kerjasama strategik yang diadakan melibatkan Universiti Sains Malaysia, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim serta Yayasan Ihtimam Malaysia itu diharap dapat memberikan impak signifikan dalam usaha bersepadu untuk menangani gejala sosial dalam kalangan umat Islam.

“Jakim sebagai agensi penyelaras hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan berharap kerjasama daripada semua pihak untuk bergabung tenaga dalam usaha membangunkan ummah daripada terus dibelenggu dengan gejala sosial akan tercapai,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel