Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua penagih tiga jam selepas menyamun


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





BATU PAHAT, 10 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua penagih dadah yang dipercayai terlibat dengan satu kes samun di Kampung Nyior, dekat Kluang, kira-kira tiga jam selepas menerima laporan mengenai kes itu di kawasan Sri Gading, di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata kedua-dua lelaki berumur 27 dan 37 tahun itu ditahan pada kira-kira pukul 3.00 petang, selepas mereka dipercayai memecah masuk dua rumah dan melarikan sebuah kereta Perodua Myvi pada hari berkenaan.

“Polis berjaya mengesan kenderaan berkenaan melalui alat sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada kereta itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan jenayah, seperti dua parang, sebilah pisau serta ‘penumbuk’ buku lima, selain menemui beberapa barangan dipercayai hasil samun termasuk komputer riba, telefon bimbit serta kad ATM.

Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-mereka aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah di sekitar Yong Peng, Batu Pahat serta Sri Gading, dan hasil soal siasat, kedua-duanya mengaku terlibat dengan kegiatan samun sejak awal bulan ini bagi tujuan mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Azhan berkata ujian air kencing mendapati kedua-dua lelaki yang memiliki rekod kesalahan berkaitan dadah serta jenayah itu positif dadah, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan 457/379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel