Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Pertanian Sabah tidak keluarkan sebut harga bekal kapur


Tarikh kemaskini: 10/07/2019




KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Jabatan Pertanian Sabah tidak pernah mengeluarkan sebut harga bagi membekal dan menghantar kapur pertanian jenis 'Ground Magnesium Limestone' ke Jabatan Pertanian Papar.

Justeru, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong dalam satu kenyataan di sini hari ini mengingatkan orang awam, agar tidak tertipu dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Melalui semakan dan risikan yang telah dibuat dengan Jabatan Pertanian Sabah juga dengan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia, tiada sebarang sebut harga seperti yang tersebar,” katanya mengulas sebut harga yang tular melalui  Whatsapp kononnya ada keperluan 'Ground Magnesium Limestone' untuk Jabatan Pertanian Papar bernilai RM1.4juta.

Wong berkata orang awam perlu menyemak dengan kementeriannya atau jabatan berkaitan sekiranya ada sebarang keraguan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel