Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

45 mangsa banjir di Melaka masih ditempatkan di sebuah PPS


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





MELAKA, 10 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 45 orang daripada enam keluarga setakat 4 petang ini berbanding 89 orang daripada 20 keluarga, tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata kesemua mangsa ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Alor Gajah iaitu Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam.

"Jumlah mangsa banjir dijangkakan akan terus berkurangan memandangkan keadaan cuaca yang semakin baik," katanya yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel