Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga lagi remaja direman bantu siasatan kes bunuh pelajar di Taiping


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





TAIPING, 10 Julai (Bernama) -- Tiga remaja, termasuk seorang perempuan, direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, Jumaat lepas. 

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurul Hidayah Ismail untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga remaja berumur 15 hingga 16 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Taiping di sini selepas ditahan berasingan di sekitar Kamunting, semalam.

Isnin lepas, seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, yang merupakan adik mangsa dan teman lelakinya berusia 15 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar itu. 

Ahad lepas, mayat S. Sritharan, 16, ditemui di belakang sebuah rumah kosong dekat rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting kira-kira pukul 12.18 tengah hari.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel