Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengguna dinasihat berurusan dengan peniaga ada 'BizTrust'


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA NERANG, 10 Julai (Bernama) -- Para pengguna dinasihatkan agar memilih untuk berurusan dengan peniaga barangan dan perkhidmatan atas talian yang mempunyai pensijilan digital 'BizTrust' yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2017, bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu juga akan memudahkan pihak berkuasa mengesan penjual atas talian yang dilaporkan melakukan penipuan dalam urus niaga mereka.

"Syarikat yang ada trademark BizTrust adalah diyakini tidak akan melakukan penipuan dan kalau pengguna nak gunakan perkhidmatan mereka, pengguna dapat berurus niaga dengan yakin.

"Sekarang memang kita (kementerian) sangat menggalakkan supaya semua peniaga atas talian berdaftar dengan SMM dan dapatkan pensijilan BizTrust," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang di sini, hari ini.

Dalam kenyataannya di Parlimen semalam, Saifuddin dilaporkan berkata dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, tuntutan tebus rugi penipuan perniagaan dalam talian membabitkan barangan dan perkhidmatan mencatatkan sebanyak 943 kes.

Sementara itu mengenai pindaaan had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000 yang diluluskan Dewan Rakyat Isnin lepas, beliau berkata ia diharap dapat memberi mesej kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan dan barangan supaya tidak cuba melakukan sebarang penipuan.

"Bagi pihak pengguna pula, dengan kenaikan kadar had tuntutan ini, mereka akan rasa hak mereka lebih terjaga dan dilindungi," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel