Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja ladang dituduh bunuh rakan sekerja


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





SUNGAI PETANI, 10 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada Jun lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh M.Nalan, 31, yang mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Nalan dituduh menyebabkan kematian Silmus Ati Bere, seorang warga Indonesia, di rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Tukang di sini antara pukul 6 petang hingga 7.30 malam pada 26 Jun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam N.Nagaratnam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel