Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30,31 Julai cuti umum di Pahang


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





 

KUANTAN, 9 Julai (Bernama) — Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am di seluruh negeri. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata cuti itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai yang turut akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari yang sama. 

”Memandangkan dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan hari kelepasan am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan mustahaknya peristiwa itu,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Wan Rosdy berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lalu.

Beliau berharap rakyat Pahang dapat menghargai dan menggunakan cuti umum itu dengan sewajarnya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel