Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor kekal umur belia sehingga pewartaan pindaan akta pada 2021


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun, sehinggalah pindaan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 688) diwartakan pada 2021. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata keputusan dibuat bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai tempoh masa persediaan yang mencukupi untuk memperhalusi semula implikasi berkaitan pindaan terbabit.

“Dalam menuju ke arah pewartaan RUU 668 tersebut pada 2021, kerajaan negeri akan terus mengkaji bagi mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan ini di negeri Johor.

Tempoh persediaan ini adalah sebahagian daripada proses reformasi yang panjang dan penuh berliku yang harus dihadapi oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. 

Pindaan RUU itu yang antara lainnya bertujuan menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 kepada 30 tahun diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat, minggu lepas.

Semalam, kerajaan negeri melalui Pejabat Menteri Besar Johor  mengambil pendirian mengekalkan had umur belia antara 15 hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka, khusus melibatkan belia tidak terbantut pelaksanaannya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel