Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kumpulan Sangtam Naga dari India bakal beraksi di 'Festival Muzik Dunia Hutan Hujan Sarawak’


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 9 Julai (Bernama) -- Sebuah kumpulan kebudayaan etnik Sangtam Naga dari negeri Nagaland yang terletak di timur laut India akan membuat persembahan di Festival Muzik Dunia Hutan Hujan Sarawak.

Edisi 2019 festival tahunan itu akan berlangsung dari 12 hingga 14 Julai di Kampung Budaya Sarawak di Kuching.

Negara lain yang mengambil bahagian termasuk Bhutan, Colombia, Jepun, Madagascar, Mauritius, New Zealand dan Sepanyol.

Lima kumpulan muzik Sarawak akan menampilkan muzik dan melodi daripada suku kaum Borneo yang berbeza.

Acara itu akan mengetengahkan bengkel muzik, persembahan budaya dan kraf tangan, gerai makanan dan konsert pada sebelah malam, menurut Lembaga Pelancongan Sarawak.

Sangtam Naga dari India memiliki warisan budaya yang kaya dan lagu serta tarian rakyatnya diturunkan dari satu generasi ke generasi menerusi tradisi lisan.

Mereka merupakan antara suku kaum utama yang mendiami Nagaland.

Kampung mereka membentuk unit sosial yang rapat dan terdiri daripada isi rumah yang berkahwin dengan pelbagai suku kaum.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel