Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu abaikan tiga anak serah diri kepada polis


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





HULU TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Wanita yang dipercayai meninggalkan tiga anak kandungnya bersendirian di sebuah rumah di sini sejak awal bulan, tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata suspek berumur 32 tahun itu, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu pada Ahad lepas, selepas menyedari dirinya menjadi buruan polis.

"Setelah mengetahui dirinya diburu pihak berkuasa sejak laporan polis dibuat 3 Julai lalu, wanita itu bertindak menyerah diri dan mengaku terlibat dalam kes pengabaian kanak-kanak. Dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini direman tiga hari hingga esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Adli berkata, anak wanita terbabit yang berusia enam, lapan dan 12  tahun kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di Taman Sinar Harapan di Kuala Terengganu.

Pengarah JKM negeri, Zuhami Omar ketika dihubungi berkata pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu dan sedang melihat kesesuaian sama ada kanak-kanak itu terus berada di bawah jagaan ibu mereka atau sebaliknya.

"Namun sekiranya tidak sesuai kita akan serahkan mereka kepada jagaan ahli keluarga terdekat...tetapi jika tidak ada yang sanggup (menjaga), pihak JKM akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan JKM berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki bersama dua adik perempuannya yang ditinggalkan ibu mereka di sebuah rumah perumahan awam kos rendah di daerah ini tanpa sebarang pengawasan dan makanan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel