Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hanya dua PPS masih dibuka


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





MELAKA, 9 Julai (Bernama) --  Banjir di Melaka semakin pulih apabila hanya dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), yang menempatkan 260 mangsa melibatkan 66 keluarga, masih dibuka setakat 8.30 malam ini berbanding 420 orang daripada 105 keluarga, petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata dua buah lagi PPS ditutup petang ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong  dan Balairaya Sungai Tuang masing-masing pada pukul 4.00 petang.

“Hanya dua buah PPS yang masih akitif iaitu di SK Belimbing Dalam dengan 248 mangsa daripada 63 keluarga dan Balairaya Bukit Balai melibatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga.

"Jumlah mangsa banjir di dua PPS yang terletak di daerah Alor Gajah malam ini berkurangan berikutan keadaan cuaca yang semakin baik," katanya, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel