Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan 25 penagih di Pendang


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





PENDANG, 9 Julai ( Bernama) -- Polis menahan 25 lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah seberat 4.20 gram menerusi ‘Ops Tapis’ yang dijalankan di dua lokasi di sini, petang ini.

Ketua Polis Daedah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 59 tahun itu ditahan dalam kebun kelapa sawit dekat Kampung Alor Tok Leh, Sungai Tiang dan kawasan semak di Kampung Asam Jawa di sini.

“Dalam serbuan pertama di ladang kelapa sawit, 20 lelaki ditahan dan polis merampas 1.90 gram dadah jenis heroin dan syabu dan mereka yang ditahan didapati positif morfin apabila dijalankan ujian air kencing.

“Serbuan kedua dilakukan di kawasan semak di Kampung Asam Jawa di mana lima lelaki ditahan dan dadah jenis heroin seberat 2.30 gram dirampas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi yang bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir pukul 3.00 petang dilakukan berdasarkan maklumat dan risikan berhubung aktiviti penagihan dadah di lokasi berkenaan sejak sebulan lepas.

Katanya, semua individu itu ditahan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 15(1), Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952; Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel