Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak sumbing perlu bantuan


Tarikh kemaskini: 09/07/2019




BATU PAHAT, 9 Julai (Bernama) -- Sepasang suami isteri memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai kos rawatan pembedahan anak perempuannya yang mengalami masalah sumbing lelangit.

Mohd Norashid Munisif, 34, dan isterinya Noraziana Bhak, 35, berkata anak mereka, Noraziana Khatijah, 3, mengalami kecacatan itu sejak lahir dan telah dua kali menjalani pembedahan untuk membetulkan sumbingnya.

Dia kini menunggu pembedahan kali ketiga dan menurut doktor sekiranya tahap kesihatannya mengizinkan, pembedahan  kali ketiga akan dilakukan pada 30 Julai ini di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Dan kali ini untuk membetulkan gusi dan rahangnya,” kata Mohd Norashid kepada pemberita yang ditemui selepas menerima lawatan dan sumbangan daripada Pengerusi Khas Biro Kebajikan, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Jati (PKAAJ) Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap di rumah pasangan itu di Kampung Parit Imam, di sini,

Mohd Norashid berkata kos pembedahan yang dijangka kira-kira RM3,000, masih menjadi beban kepadanya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital semata-mata mendapatkan rawatan merumitkan lagi keadaan kewangan, katanya.

“Saya hanya bekerja membaiki peralatan elektrik secara kecil-kecilan dan ibunya pula tidak bekerja kerana terpaksa menjaga adik. Selain adik (Noraziana Khatijah), kami mempunyai empat lagi orang anak yang masih bersekolah, namun seorang daripadanya (anak sulung) telah diserahkan kepada neneknya (untuk dijaga) kerana kami tidak mampu lagi menyara pembelajarannya.

“Anak kedua kami, Mohamad Norashidi Hisyam, 13, pula turut mengalami penyakit yang sama tetapi semua sesi pembedahan telah dilakukan,” katanya.

Mohd Norashid berkata selepas menjalani pembedahan itu beliau berharap keadaan anaknya akan pulih seperti kanak-kanak lain, dapat bercakap dan makan secara normal. 

Orang ramai yang mahu membantu kanak-kanak itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0100641000099694 atau menghubungi Mohd Norashid di talian 017-7261684. 

 -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel