Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah Exco Perak tangguh


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan agar Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) yang dijadual Khamis ini ditunda.

Menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak, istiadat tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. 

Istiadat itu dibuat setiap tahun bagi memperbaharui ikrar sebagai exco kerajaan negeri.

Kerajaan negeri Perak ditadbir Pakatan Harapan dengan dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia. 

Perak mempunyai 10 lagi Exco dengan lima daripadanya dari DAP, Amanah (3) dan PKR (2).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel