Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dasar perumahan lebih mesra pemaju diperkenal bulan depan - MB Terengganu


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





HULU TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan Terengganu dijangka memperkenalkan dasar perumahan swasta baharu di negeri ini, termasuk Rumah Mampu Milik (RMM) yang lebih mesra kepada golongan pemaju, bulan depan.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui dasar baharu itu, kerajaan negeri antara lain akan meminimumkan kos tanah supaya kos pembinaan rumah dapat diturunkan, sekali gus menjadikan harga rumah lebih murah. 

“Kami akan pertimbangkan antaranya tanah itu sendiri dan dengan dasar baharu ini, kos tanah akan diminimakan supaya kos pembinaan rumah akan diturunkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah RMM Tajin, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata 250 unit RMM Tajin mula dibina sejak Jun tahun ini, dan dijangka siap pada Jun 2021.

Beliau berkata kos keseluruhan pembinaan rumah teres di atas tanah berkeluasan 10 hektar itu ialah kira-kira RM29 juta dan ia dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

“Rumah ini setiap satu berharga RM117,000, tetapi ia akan dijual kepada pembeli dengan hanya RM68,000 sebagai rumah mampu milik,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel