Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di Melaka semakin menurun


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





MELAKA, 9 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Melaka terus mencatatkan penurunan kepada 420 orang daripada 105 keluarga setakat 5.30 petang ini, berbanding 714 mangsa melibatkan 181 keluarga, tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Merdeka di daerah Melaka Tengah dan Balairaya Kampung Beringin di daerah Alor Gajah telah ditutup masing-masing pada 2 dan 3 petang tadi.

"Empat PPS yang masih beroperasi ialah SK Krubong di daerah Melaka Tengah dengan 98 mangsa daripada 27 keluarga.

"Bagi daerah Alor Gajah pula menempatkan 34 mangsa daripada enam keluarga (Balairaya Bukit Balai), 279 mangsa daripada 70 keluarga (SK Belimbing Dalam) dan  sembilan mangsa daripada dua keluarga (Balairaya Sungai Tuang)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel