Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP serah kepada pihak berkuasa siasat dakwaan rogol


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





IPOH, 9 Julai (Bernama) -- DAP Perak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh berhubung dakwaan bahawa seorang exco kerajaan negeri telah melakukan serangan seksual ke atas pembantu rumahnya.

Pengerusinya Nga Kor Ming berkata laporan polis telah dibuat semalam di Balai Polis Jelapang, di sini. 

Menurut Nga, parti memandang serius perkara itu.

“Parti berpendapat bahawa tiada siapa mengatasi undang-undang dan oleh itu, parti menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan penuh," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nga juga berkata tindakan sewajarnya akan diambil bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Choo Lily ketika dihubungi Bernama News Channel mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel