Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat teras utama dalam draf rancangan tempatan MPK 2035


Tarikh kemaskini: 09/07/2019




KANGAR, 9 Julai (Bernama) -- Kemakmuran dan kemantapan ekonomi, daya huni dan komuniti inklusif, kemampanan alam sekitar dan persekitaran bandar berkualiti serta prasarana bersepadu dan efektif akan menjadi mercu tanda Kangar menjelang 2035.

Empat teras ini terdapat dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar (RTMPK) 2035 (Penggantian) yang mengandungi 153 projek bagi memacu hala tuju dan pembangunan ibu negeri Perlis itu, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Wan Ahmad Fazli Wan Kamis.

Teras itu turut melibatkan projek berimpak tinggi dan memberi kesan signifikan iaitu pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP), Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Koridor Bersepadu Maritim di Sanglang, katanya. 

Wan Ahmad Fazil bercakap demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RTMPK 2035 (Penggantian) yang dirasmikan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Datuk Rokibah Abdul Latif turut hadir.

Menurut Wan Ahmad Fazil, Draf RTMPK 2035 dibuat bagi menggantikan RTMPK 2020 yang diwartakan pada 2013 dan tamat pada tahun hadapan.

Draf ini disediakan bersama oleh MPK dan PLANMalaysia memerlukan respons orang awam serta pihak berkepentingan untuk memberi pandangan yang dijalankan dari 2 hingga 31 Julai ini di tujuh lokasi.

Orang ramai boleh melihat draf itu di tiga lokasi tetap iaitu di pejabat MPK, pejabat PLANMalaysia Perlis dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan empat lagi lokasi bergerak di Pasaraya C-Mart, Arau (2-9 Julai), Pasaraya Giant, Kangar (10-17 Julai), KONKOS Kuala Perlis (18-24 Julai) dan Arked Niaga Padang Besar (25-31 Julai) dari 10 pagi hingga 4.30 petang.

Maklum balas atau cadangan orang ramai akan diambil kira sebelum draf RTMPK dimuktamadkan. Pandangan juga boleh dibuat secara individu atau berkumpulan dengan mengisi borang yang disediakan, kata Wan Ahmad Fazil.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel