Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MATTA Johor sasar jualan RM10 juta bagi pameran pelancongan bulan depan


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





JOHOR  BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Johor menyasarkan jualan bernilai RM10 juta pada pameran pelancongan yang dijadual berlangsung di Capital City, Tampoi, di sini, bulan depan.

Pengerusinya Kenny Ngi berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai memandangkan pameran sebelumnya yang diadakan pada April di tempat sama, berjaya mencatat jualan bernilai RM8.5 juta.

Selain itu, kira-kira 13,000 pengunjung dijangka hadir pada pameran tiga hari itu yang akan bermula 2 hingga 4 Ogos. 

“Jangkaan (jumlah pengunjung) adalah berdasarkan penyertaan 45 agensi pelancongan seluruh negara yang akan membuka sebanyak 150 tapak pameran,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Ngi berkata di samping membolehkan pengunjung membeli pakej pelancongan yang ditawarkan, pameran itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah iaitu tiket penerbangan dan baucar pelancongan berjumlah RM100,000 kepada pengunjung. 

Beliau menjangkakan antara pakej pelancongan yang menjadi pilihan ketika pameran ialah percutian ke Taman Tema Legoland dan Desaru Coast Adventure Waterpark.

Bayaran masuk sebanyak RM3 akan dikenakan untuk golongan dewasa manakala percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel