Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Piala FA: Ahmad Faizal 'beri amaran' kepada Mukriz


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu 'memberi amaran' kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa skuad 'The Bos Gaurus' akan menentang pasukan sahabat baiknya, Kedah habis-habisan pada aksi Final FA 2019, hujung bulan ini. 

Ahmad Faizal yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkata hubungan baik beliau dengan Mukhriz merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KAFA) perlu diterjemah dalam semangat kesukanan.

"Walaupun bersahabat baik, saya akan pastikan Perak lawan habis-habisan dengan Kedah dengan semangat kesukanan. 

"Kita akan terjemahkan persabahatan antara presiden PAFA dengan presiden KAFA, (tunjukkan) bahawa sukan adalah untuk menyatupadukan, bukan memecahbelahkan," katanya.

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking di pejabat menteri besar di sini, hari ini.

Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019 buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas menyingkirkan Pahang, manakala Kedah mengetepikan Felda United dan kedua-duanya akan berentap di pentas final 27 Julai ini. 

Ahmad Faizal dalam pada itu meminta kesatuan gabungan di bawah PAFA dapat melibatkan anak-anak kecil dalam sebarang aktiviti menjelang perlawanan akhir tersebut bagi memupuk minat mereka.  

"Biar mereka seronok untuk melihat final ini supaya mereka tahu sukan bukan semata-mata bersikap fanatik terhadap pasukan (disokong) hingga sanggup bergaduh," katanya.

Mengenai tiket, presiden PAFA itu berkata sebanyak 30,000 tiket diperuntukkan kepada persatuan dan pihaknya sedang merangka kaedah pengedaran dan penjualan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel