Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Samun Wanita: Pasangan kekasih ditahan


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Sepasang kekasih ditahan polis hari ini kerana didapati melakukan samun terhadap seorang wanita di sebuah perhentian bas di Saleng, Kulai pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata suspek berumur 23 dan 28 tahun itu ditahan polis menerusi serbuan yang dilakukan di bawah sebuah blok Flat Temenggong, Kulai susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa sejurus kejadian berlaku.

“Hasil siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku melakukan samun ke atas wanita itu (mangsa) di perhentian bas Saleng. Pihak polis telah membuat rampasan beberapa barangan iaitu sebuah motosikal jenis Suzuki Axelo 125, satu unit helmet jenama LTD, serangkai kunci dan alat kawalan jauh motokar dan satu cermin mata,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tok berkata berdasarkan semakan, suspek lelaki mempunyai dua rekod orang dikehendaki bersabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan (KK), serta dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB.

Kedua-dua suspek beserta barangan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai petang ini untuk permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 KK.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel