Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Muda Perlis saran program “koakademik” martabatkan penguasaan Bahasa Melayu


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





KANGAR, 9 Julai (Bernama) -- Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah akan lebih  berkesan dengan pelaksanaan kegiatan berbentuk ‘koakademik’, iaitu pendekatan kokurikulum dan akademik.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail bertitah pendekatan ini juga akan memahirkan pelajar untuk menguasai pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis dalam bahasa itu.

Baginda bertitah demikian ketika menutup program Memperkasa Bahasa Sempena Kembara Titah Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tahun 2019 di Auditorium Jabatan Kesihatan Negeri di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri, itu turut dihadiri Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

“Dalam aspek sosial, program ini dapat membina semangat budaya berilmu dalam kalangan masyarakat yang dicambahkan melalui pertandingan untuk menggalakkan pelajar mengguna Bahasa Melayu yang betul,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin berharap akan ada kemunculan generasi muda yang berketerampilan dan berkeupayaan mengungkap Bahasa Melayu baku sebagai wahana budaya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel