Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RMT perlu diperluas ke sekolah menengah


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





PARIT BUNTAR, 9 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendididkan disaran memperluas meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati sarapan pagi.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa.

“Kita perlu memberikan perhatian kepada mereka supaya pelajaran mereka tidak akan terjejas kerana di peringkat ini mereka memerlukan makanan untuk fokus semasa pembelajaran," katanya.

Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Seuntai Kasih Seberkas Harapan Daerah Kerian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di sini, hari ini.

Mengenai program hari ini, beliau berkata syarikat korporat dan NGO telah membantu memberikan kupon RM3 kepada 57 pelajar di DUN Titi Serong yang layak untuk membeli makanan di kantin sekolah. 

"Sebanyak lapan buah sekolah menengah di kawasan DUN Titi Serong mendapat manfaat ini sejak awal Januari dan akan berakhir November ini. 

“Pelajar yang diberikan kupon ini akan membeli sarapan pagi di kantin sekolah pada waktu rehat dan mereka tidak boleh menukar kupon itu," katanya sambil berharap program sama dapat dilaksanakan di seluruh negeri ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel