Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ahmad Suaidi dilantik Datuk Bandar Ipoh


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Bekas Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu. 

Pelantikan beliau sebagai Datuk Bandar ke-11 Ipoh berkuat kuasa pada 1 Julai lepas bagi menggantikan Datuk Zamri Man yang dipendekkan perkhidmatan mulai 17 Feb lepas atas faktor kesihatan. 

Ahmad Suaidi, 49, yang juga bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. 

Anak jati Perak berasal dari Changkat Jering itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Bioteknologi) dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Pengajian Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Tokyo, Jepun. 

Dalam sidang media selepas majlis angkat sumpah, Ahmad Suaidi berkata beliau akan meneruskan agenda reformasi Majlis Bandaraya Ipoh berteraskan pembangunan mampan.

"Saya juga akan meneruskan 'tag line' Ipoh Bersih, Hijau dan Maju, selain menambah baik sistem perbandaran pintar," katanya. 

Sementara itu, Ahmad Faizal berharap Datuk Bandar baharu itu dapat memastikan bandar raya Ipoh memperoleh semula penarafan lima bintang sebagai Pihak Berkuasa Terbaik selepas kali terakhir memperolehnya pada 2016 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu. 

"Pasukan kita berpengalaman, saya amat yakin tak susah untuk dapat penarafan lima bintang," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel