Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita maut ditimpa pokok


Tarikh kemaskini: 09/07/2019





KUANTAN, 9 Julai (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Viva dipandu kakaknya ditimpa pokok semasa melalui jalan Kampung Lata Kasah, Jerantut dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata kejadian dipercayai berlaku antara 8.50 malam hingga 10.50 malam dan mangsa Farah Liana Safri, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Katanya, insiden di depan masjid kampung itu juga menyebabkan kakak mangsa cedera akibat tersepit di dalam kereta yang remuk keseluruhan pada bahagian atas. 

“Keterangan daripada bapa mangsa mengatakan mangsa dan kakaknya keluar untuk ke pekan Jerantut selepas maghrib sebelum dia dimaklumkan kejadian yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Mazlan berkata bedah siasat di Hospital Jerantut mengesahkan punca kematian mangsa yang baru sebulan bekerja di Jabatan Perangkaan Bentong adalah disebabkan kecederaan parah di kepala. 

Pada kejadian itu, polis dibantu anggota bomba untuk mengeluarkan mangsa dan kakaknya yang tersepit di dalam kereta tersebut.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel