Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Treler bawa isopropyl alkohol terbakar dekat Kulai


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Sebuah treler membawa muatan 120 tong cecair isopropyl alkohol terbakar di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kulai, hari ini, namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata pihaknya dimaklumkan kejadian di susur keluar ke pusat beli-belah Johor Premium Outlet (JPO) menghala Johor Bahru itu pada 7.10 malam.

"Seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai bersama tiga jentera terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran treler yang sedang dalam perjalanan dari Tuas, Singapura ke Ulu Tiram itu," katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Mohd Fauzi berkata sejurus tiba, api didapati sedang marak membakar kenderaan terbabit namun, pemandunya, Mohd Zarul Azmizan Ismail, 31, selamat.

Beliau berkata operasi pemadaman tamat pada 8.45 malam, namun, punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel