Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir kilat Melaka terus menurun, hanya tujuh PPS masih aktif


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





MELAKA, 8 Julai (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir kilat pada hari kedua di Melaka menurun kepada 934 mangsa melibatkan 212 keluarga pada 8 malam, berbanding 1,001 mangsa (225 keluarga) pada sebelah petang.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata hanya tujuh buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif.

Beliau berkata hanya sebuah PPS mencatat peningkatan mangsa, tiga buah PPS pula menurun dan tiga buah lagi tidak berubah.

“Hanya PPS Balai Raya Bukit Balai mencatat peningkatan iaitu 40 mangsa dari tujuh keluarga berbanding 34 orang dari tujuh keluarga pada sebelah petang,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata tiga PPS yang jumlah mangsa berkurangan ialah PPS Krubong dengan 221 orang, dari 55 keluarga, PPS Taman Merdeka, 189 (46 keluarga) dan PPS Kampung Beringin, 46 (12 keluarga).

Katanya bilangan mangsa banjir di tiga lagi PPS iaitu PPS Balai Raya Panchor, PPS Sekolah Belimbing Dalam dan PPS Balai Raya Sungai Tuang, tidak berubah pada malam ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel