Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Udang


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





NIBONG TEBAL, 8 Julai (Bernama) --  Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika dia menjala ikan di kawasan muara Sungai Udang di Ladang Bayram, Nibong Tebal di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Kalidasen, 30-an, dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu kira-kira 6.15 petang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Hamizan Harun berkata pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

"Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah mengakifkan operasi sebaik mendapat maklumat dan sehingga 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui," katanya di sini malam ini.

Katanya operasi SAR dihentikan pada 7.30 malam ekoran cuaca semakin gelap dan air pasang serta angin kencang. Ia akan diteruskan semula pada 7.30 pagi esok.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel