ezzkhNe_pyM PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik - Dr Mahathir
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH setuju anak muda umur 18 tahun berhak undi, didaftarkan secara automatik - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju anak muda berumur 18 tahun berhak mengundi, kata Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri memberitahu pemberita selepas mesyuarat majlis presiden PH itu di sini hari ini bahawa turut dipersetujui ialah pendaftaran pengundi berumur 18 tahun secara automatik.

Mengulas lanjut perkara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata satu mesyuarat akan diadakan bersama pemimpin politik pada Rabu ini bagi memperhalusi isu tersebut termasuk memperkasakan belia.

Beliau yakin perkara itu dapat diselesaikan dalam sesi Parlimen ini.

"Akhirnya kami mencapai persetujuan di mana ketiga-tiga pindaan perlembagaan dibuat mengenai Undi 18, pendaftaran pengundi secara automatik (bagi mereka yang mencapai umur 18), dan menurunkan had umur menjadi calon kepada 18," katanya.

Syed Saddiq berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya tindakan dapat diambil.

Sementara itu, mengenai langkah China meningkatkan tahap keselamatan kapal-kapalnya yang berlayar di Selat Melaka, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata kawasan berkenaan dikawal oleh empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Semasa ditanya sama ada kementeriannya menerima sebarang risikan mengenai risiko di selat berkenaan, beliau berkata: "Kawasan itu aman, selamat dan tiada lanun."

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel