Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemain dan jurulatih JDT dijangkiti virus influenza


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Seramai 17 pemain, beberapa jurulatih serta kakitangan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) disahkan positif influenza.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers, berkata kesemua pemain dijangkiti virus tersebut adalah terdiri daripada 10 pemain skuad JDT, empat (JDT II)  dan tiga daripada pasukan JDT III.

Menurutnya, pihak kelab sudah mengambil langkah untuk mengawal penularan virus dan menghantar semua pemain, jurulatih dan kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan. 

Beliau berkata pihaknya sudah melakukan proses sanitasi kawasan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk semua.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel