oX1j4cFDgyk Pemantauan kualiti udara 24 jam di 111 sekolah Pasir Gudang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemantauan kualiti udara 24 jam di 111 sekolah Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) -- Pemantauan kualiti udara terutamanya membabitkan parameter pencemaran seperti Volatile Organic Compound (VOC) di 111 sekolah di Pasir Gudang akan dibuat 24 jam sehari mulai hari ini sehingga Sabtu ini susulan masalah pencemaran udara di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, dalam satu kenyataan, hari ini berkata peminjaman alat pengesan gas di kesemua sekolah tersebut membolehkan para guru memantau keadaan semasa sekali gus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan..

Sebelum ini alat ini sudah dipinjamkan ke sekolah berkenaan sejak 4 Julai sehingga 6 Julai (Sabtu) berikutan kejadian sesak nafas dan muntah-muntah melibatkan pelajar-pelajar sekolah di kawasan itu, sejak 20 Jun lepas.

Beliau berkata sebelum ini, bacaan VOC diambil secara berkala empat kali sehari dengan alat itu dihidupkan ketika mahu mendapatkan bacaan. 

Namun, katanya, pada kali ini pihak sekolah diminta untuk terus membiarkan alat pengesan gas itu terpasang 24 jam.

"Bacaan tetap diambil empat kali dalam tempoh sehari, namun, dengan membiarkan alat itu berfungsi 24 jam, maka, kita akan dapat analisa lebih lengkap," katanya sambil menambah alat tersebut perlu diletakkan di lokasi tingkat tiga ke atas.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4, Rosni Kassim, ketika ditemui pemberita di sini, berkata pihaknya bersedia mematuhi segala arahan ditetapkan JAS menerusi pinjaman alat pengesan gas tersebut demi keselamatan 240 murid sekolah tersebut.

"Bacaan VOC sebelum ini diambil pada 7.30 pagi, 9.30 pagi, 12 tengah hari dan 3 petang.

"Bagi saya, arahan terbaru iaitu dengan alat pengesan gas dihidupkan 24 jam ini lebih memudahkan pemantauan. Kita tunggu apa hasilnya nanti," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel