Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cucu mangsa kemalangan masih bertanya di mana datuk dan nenek mereka


Tarikh kemaskini: 08/07/2019




KLANG, 8 Julai (Bernama) -- Kemalangan maut di Jalan Klang-Teluk Intan yang meragut nyawa empat sekeluarga hampir seminggu lepas memberi kesan yang amat mendalam kepada ahli keluarga mangsa, terutamanya tiga cucu pasangan Allahyarham Ahmad Awang dan Hayati Mohd Zain.

Menurut anak pasangan itu, Mohd Hafiz Ahmad, 27, walaupun seluruh keluarga menerima takdir Allah itu dengan reda, namun apa yang menyentuh hati adalah apabila ketiga-tiga cucu Allahyarham Ahmad dan Hayati kerap bertanya ke mana perginya kedua-dua individu berkenaan.

“Arwah ibu bapa saya ada tiga cucu, seorang anak saya dan dua orang anak abang saya, mereka memang sangat rapat dan selalunya sebelum pergi ke rumah pengasuh, mereka akan dicium dahulu oleh datuk dan nenek.

“Malah sehingga semalam, mereka masih lagi tanya datuk dan nenek mereka pergi ke mana kerana sudah lama tak berjumpa. Demam juga la anak-anak kecil ini sebab rindukan datuk serta nenek mereka. Sedih sudah semestinyalah, namun kami menerima takdir Allah dengan reda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Meru di sini semalam.

Dalam kemalangan pada Rabu lepas, pasangan berkenaan masing-masing berumur 56 dan 57 tahun bersama ibu mereka, Khamisah Saleh, 77, dan kakak kepada Hayati, Norriyah Mohd Zain, 61, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Bercerita lanjut mengenai sebelum kemalangan itu berlaku, Mohd Hafiz berkata empat sekeluarga itu sebenarnya dalam perjalanan untuk menghantar Khamisah pulang ke Tanjong Karang selepas meraikan sambutan Aidilfitri di Klang dan Shah Alam.

"Nenek (Khamisah) setiap tahun memang akan datang ke sini dan tinggal bersama kami selama satu atau dua minggu semasa hari raya. 

“Malah, pada hari kejadian itu, arwah ibu bapa saya dan makcik hendak hantar nenek pulang Tanjong Karang selepas beraya di rumah saudara di Shah Alam dan mereka tiada pun membuat apa-apa urusan wasiat di Kuala Selangor, seperti dilaporkan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel