Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan perlu berani ceburi aktiviti tangkapan ikan laut dalam


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





BACHOK, 8 Julai (Bernama) -- Nelayan negara ini perlu lebih berani untuk menceburi aktiviti penangkapan ikan laut dalam berbanding kekal sebagai nelayan tradisional.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini hanya 1,200 lesen kelas itu dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) termasuk 85 pengusaha di Kelantan manakala 54,000 lagi adalah lesen kelas A,B dan C.

"Kita mahu nelayan lebih berani dan proaktif  mengambil peluang memohon kelas C2 agar nelayan dapat berubah menjadi pemain industri.  Memang bagi memiliki kelas C2 memerlukan modal yang agak besar namun nelayan boleh memohon pelbagai dana dan pembiayaan yang disediakan kerajaan bagi tujuan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Interaksi Bersama Nelayan Bachok, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah LKIM Kelantan, Zarina Abd Latiff dan Pengarah DOF Kelantan, Nazri Ishak.

Satu sesi dialog turut diadakan bersama lebih 100 nelayan tempatan bagi memberi peluang menyuarakan permasalahan yang berkaitan aktiviti penangkapan ikan.

Pada majlis sama beliau menyampaikan bantuan berupa pukat dan kotak ikan bernilai RM10,000 kepada 10 orang nelayan selain menziarahi tiga nelayan uzur di sekitar jajahan Bachok.

Muhammad Faiz berkata kerajaan sentiasa berusaha membantu golongan nelayan negara ini melalui pelbagai usaha termasuk meneruskan pemberian elauan sara hidup.

Katanya, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8 juta sebulan bagi menyediakan elaun tersebut kepada kira-kira 40,000 nelayan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata kerajaan juga serius dalam menangani aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan negara melalui penubuhan pasukan khas dengan kerjasama empat kementerian diketuai Kementerian Dalam Negeri.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel