Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belum ada kata putus tarikh baharu AGM MPM


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sudah lebih seminggu ditangguhkan, namun masih tiada kata putus diberikan berhubung tarikh baharu AGM dan status pemilihan badan induk itu.

Setiausaha Agung MPM, Siti Zaharah Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata tarikh baharu untuk mengadakan AGM tidak dapat diputuskan lagi, kerana ahli exco belum dipanggil untuk bermesyuarat.

"Mesyuarat exco mungkin diadakan pada minggu ini atau minggu hadapan. Kami tidak pasti lagi bila, kerana presiden (SM Nasarudin SM Nasimuddin) masih belum maklumkan apa-apa," katanya.

Siti Zaharah menjelaskan tarikh baharu AGM hanya boleh diputuskan pada Mesyuarat Exco dan seterusnya tarikh itu perlu dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mendapatkan kelulusan.

Usaha Bernama untuk mendapat maklumbalas daripada presiden bagaimanapun tidak mendapat respon.

Untuk rekod, MPM mengambil keputusan menangguhkan AGM Ke-22 yang sepatutnya berlangsung pada 29 Jun, serentak dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk itu. 

Berdasarkan perlembagaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penangguhan, MPM perlu memanggil semua ahli gabungan untuk membincangkan tarikh baharu, sebelum diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan.

Kemelut itu tercetus apabila bekas menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Berkerusi Roda menghantar borang pencalonan, melebihi tempoh dibenarkan.

Perkara itu menyebabkan rasa tidak puas hati seorang lagi calon presiden, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang tampil menyerahkan sejumlah bukti kepada PJS bagi menyemak semula kelayakan Khairy.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel