Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menitikberatkan infrastruktur lengkap di kawasan industri di negeri itu


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





SEREMBAN, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan infrastruktur yang lengkap di kawasan industri di negeri ini dalam usaha menarik pelabur ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata sebagai contoh, kerajaan negeri melaksanakan kerja-kerja menaik taraf lampu LED dan kabel bawah tanah di kawasan industri Oakland di sini.

"Pada tahun lepas, kerajaan negeri telah menaik taraf iaitu melaksanakan kerja-kerja membekal dan memasang lampu sebanyak 70 unit lampu LED dengan kos RM586,480 di Persiaran Bunga Tanjung 1, kawasan perusahaan Senawang Baru serta sebanyak 74 lampu LED di Persiaran Bunga Tanjung 2 di kawasan yang sama dengan kos RM614,715.

"Kerajaan negeri juga amat mengambil berat keadaan di kawasan industri Oakland Seremban di mana apa yang kita perhatikan di kawasan tersebut sebelum ini didapati kabel-kabel elektrik bawah tanah dipasang selang seli. Kalau dahulu kalau kita hendak pasang lampu jalan dan kabel elektrik agak sukar bagi pihak kontraktor untuk mengesan kabel-kabel yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan industri Oakland di sini, hari ini.

Oleh itu, katanya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk membuat penyusunan semula kabel-kabel bawah tanah di kawasan industri Oakland.

Katanya untuk Jalan Haruan 1, kerajaan negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM200,550 untuk penggantian kabel bawah tanah sepanjang 2,500 meter.

"Kita juga telah membaik pulih kabel bawah tanah sistem pencahayaan sepanjang 3,200 meter di Jalan Haruan 2, kawasan industri Oakland melibatkan kos RM278,050. Selain itu, kerja membaik puih kabel bawah tanah sistem pencahayaan sepanjang 1,500 meter di Jalan Haruan 6, melibatkan kos RM119,100. Kerja-kerja ini telah dimulakan awal tahun ini dan telahpun siap dan hari ini saya melawat ke kawasan tersebut.

"Untuk kerja-kerja menaik taraf lampu LED dan kabel bawah tanah, ia dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) melalui peruntukan kerajaan negeri.

"Selain daripada projek membekal dan memasang lampu LED serta membaik pulih kabel bawah tanah di kawasan industri Oakland, kita juga telahpun mendapat peruntukan RM600,000 daripada kerajaan pusat untuk menaik taraf jalan di Jalan Haruan 1 sejauh 1.67 kilometer," katanya.

Katanya ini adalah usaha-usaha yang telah laksanakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan beliau menjangkakan pada tahun akan datang, kerajaan negeri juga akan membuat kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di kawasan industri lain di negeri ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel