Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SRC, Gandingan Mentari tidak pernah buat laporan kerugian - saksi


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bekas pengarah bukan eksekutif SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah tinggi di sini bahawa SRC International Sdn Bhd mahu pun subsidiarinya, Gandingan Mentari, tidak membuat laporan berhubung dana dicuri daripada akaun syarikat.

Saksi pendakwaan ke-42 itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram pada hari ke-33 perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Sithambaram: Daripada apa yang kami tunjukkan kepada anda, transaksi antara 2014 dan 2015 dan melibatkan ratusan juta ringgit. Adakah SRC International atau Gandingan Mentari membuat sebarang laporan mengenai dana dicuri daripada akaun?   

Suboh menjawab: "tidak."

Sithambaram: Adakah anda tahu sama ada SRC atau Gandingan Mentari mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bank di atas pemindahan yang salah?

Suboh: Tidak setahu saya.

Sithambaram: Dari semua bentuk transaksi yang ditunjukkan kepada anda, adakah anda nampak apa-apa wang yang masuk ke akaun Nik Faisal Ariff Kamil? 

Suboh: Tidak

Sithambaram: Ada dana masuk ke akaun anda?

Suboh: Tidak

Kepada soalan lain, Suboh berkata kemasukan Artikel 117 ke dalam artikel SRC International berhubung pelantikan penasihat emeritus mengubah syarikat itu.

"SRC International bukan lagi syarikat biasa selepas artikel itu dimasukkan. Kemasukan Artikel 117 itu mengubah kedudukan. Artikel itu...anda perlu, untuk beroperasi, mendapatkan arahan daripada siapa sahaja yang duduk di sana.

Sithambaram: Siapa penasihat emeritus ini? 

Suboh: Beliau Perdana Menteri ketika itu.

Sithambaram: Dan untuk rekod, siapa perdana menteri ketika itu?

Suboh:  Datuk Seri Najib.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel