Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Skuad wanita berpeluang cerah mara separuh akhir kejuaraan AFF 2019


Tarikh kemaskini: 08/07/2019




KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ketiadaan Australia membuka peluang cerah untuk skuad negara mengintai slot ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita AFF 2019 yang akan membuka tirai  pada 15 Ogos ini di Chonburi, Thailand.

Berdasarkan undian oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Malaysia disenaraikan dalam Kumpuan A bersama-sama juara tiga kali berturut-turut Thailand, Filipina, ?????Singapura dan Timor-Leste.

Juara dua kali, Vietnam, pula mengetuai cabaran kumpulan B bersama-sama Myanmar, Kemboja dan Indonesia.

Australia yang mula membuat penampilan sejak lima edisi lalu mulai 2013, bagaimanapun tidak menyertai kejohanan edisi ke-12 tahun ini.

Skuad negara bimbingan Jacob Joseph akan memulakan saingan dengan menentang Filipina pada 15 Ogos, Singapura (19 Ogos), Timor-Leste (21 Ogos) sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Thailand pada 23 Ogos ini.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan layak ke peringlat separuh akhir..

Tahun lalu, Malaysia gagal ke separuh akhir selpas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang Thailand, selaku juara kumpulan dan Australia di tangga kedua.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak (FAM), dalam kenyataan hari ini, berkata seramai 30 pemain disenaraikan untuk sesi latihan pusat dari 15 Julai ini hingga 12 Ogos ini di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

 

Senarai 30 pelatih:

Penjaga gol: Nurul Azurin Mazlan (Melaka), Asma Junaidi (Perak), Dhiya Fatihah Ahmad Razali dan Olevia Olga Sabrinus (Kedah)

Pertahanan: Mira Fazliana Aidi, Malini Nordin, Nurul Ashikin Mohd Josrie, Maizura Maurice dan Jessica Susanne Maili (Kedah);Yasrikalaura Tumas (Perak), Noor Mianah Balanting (Melaka), Noor Hartini Jasni (Selangor)

Pemain tengah: Nur Faiqah Safira Mohamad Farid (Selangor), Jaciah Jumilis, Alice Mic Micheal, Shereilynn Elly Pius, Haindee Mosroh, Pedrolia Martin Sikayun dan Dadree Rofinus (Melaka)

Eva Olivianie Antinus, Norshahira Suhaime, Nur Farishah Erinna Hisham dan Usliza Usman (Kedah), Siti Nur Izzati Ibrahim (Perak), Norsuraini Mazli (Polis Diraja Malaysia/PDRM)

Penyerang: Norhanisa Yahya dan Lovelytha Jelus (PDRM), Sihaya Ajad (Melaka), Nur Haniza Saarani (Perak), Nurul Izzati Zainol (Kedah)

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel