Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir semakin pulih, jumlah mangsa terus berkurangan


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





MELAKA, 8 Julai (Bernama) -- Keadaan banjir kilat pada hari kedua di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,001 mangsa melibatkan 225 keluarga pada pukul 4.00 petang berbanding 1,117 mangsa daripada 250 keluarga pada tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Balai Raya Tambun ditutup pada pukul 2.30 petang.

“Sementara itu, jumlah mangsa di dua buah PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Krubong dan PPS Balai Raya Bukit Balai masing-masing mengalami penurunan iaitu 235 mangsa daripada 58 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Krubong dan 34 mangsa daripada tujuh keluarga masih bertuduh di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, bilangan mangsa banjir di tiga PPS tidak berubah iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, PPS Balai Raya Kampung Beringin dan PPS Sungai Tuang.

Beliau berkata penambahan jumlah mangsa yang dipindahkan hanya berlaku di sebuah PPS iaitu PPS Taman Merdeka yang kini menerima 208 mangsa melibatkan 51 keluarga.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel