Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM637 juta beri manfaat kepada rakyat - MB Pahang


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KUANTAN, 8 Julai (Bernama) -- Pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peruntukan RM637 juta kepada kerajaan negeri Pahang akan memanfaatkan rakyat negeri ini. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini kerana, peruntukan itu adalah bagi tiga projek infrastruktur berkaitan utiliti air bagi mengatasi masalah bekalan di Kuantan dan Raub. 

“Ketiga-tiga projek infrastruktur itu melibatkan kemudahan asas bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat dan kerajaan negeri amat mengalu-alukannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Wan Rosdy berterima kasih kepada Perdana Menteri dengan kelulusan peruntukan itu, yang membolehkan rakyat Pahang menikmati kemudahan bekalan air dengan baik. 

Dr Mahathir membuat pengumuman itu semasa merasmikan Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3 di Rompin, dekat sini semalam. 

Tiga projek itu ialah pembinaan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di kawasan Perindustrian Gebeng dengan kos RM173 juta, Loji Rawatan Air Semambu fasa tiga berkapasiti 145 juta liter sehari (RM446 juta) dan projek bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Raub (RM18 juta). 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel