Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Sungai Rambai dituduh di mahkamah esok - SPRM


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





MELAKA, 8 Julai (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman bakal dituduh di Mahkamah Ayer Keroh pagi esok atas kes berkaitan penyelewengan peruntukan Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, SPRM Melaka telah menangkap Hasan dan kerani JAPERUN (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri), Khuzaimah Abdullah pada hari ini dan telah dibebaskan atas ikat jamin SPRM.

“Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh esok berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun 2016 untuk negeri Melaka yang disalurkan kepada JAPERUN,” katanya.

Hasan, yang masih pengerusi JAPERUN Sungai Rambai, adalah bekas Exco Kerajaan Negeri pada masa material dan bertanggungjawab bagi portfolio JAPERUN.

Kes adalah berkaitan penyelewengan peruntukan bagi Inisiatif Strategic Linkage di bawah program NBOS  tahun 2016 untuk negeri Melaka yang disalurkan kepada JAPERUN.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel