Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan nelayan perlu berdaya saing bantu ahli tingkat ekonomi


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





MUAR, 8 Julai (Bernama) -- Persatuan nelayan seluruh negara digesa supaya mengambil langkah proaktif mempelbagaikan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan sampingan seterusnya memberi manfaat kepada persatuan dan ahli, dalam meningkatkan daya saing mereka.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jamaludin Othman memberi contoh antara projek yang boleh diusahakan mereka ialah seperti agropelancongan yang menyediakan penginapan, restoran, fasiliti, kemudahan seperti dewan, bilik mesyuarat dan sebagainya selain perusahaan ternakan udang, kupang dan pemasaran ikan.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 104 persatuan nelayan berdaftar seluruh Malaysia membabitkan 89 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), 14 Persatuan nelayan negeri dan satu persatuan nelayan kebangsaan.

"Menjadi hasrat LKIM  untuk melihat sesebuah persatuan nelayan itu mampu berdikari serta menjadi payung kepada ahli-ahlinya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Homestay D' Sarang di Sarang Buaya, Muar di sini, hari ini.

"Kita juga mahu mereka dapat mengambil saranan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Kementerian Industri Asas Tani (MOA) agar persatuan ini mampu menjana pendapatan sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan kerajaan," tambahnya.

Hadir sama di majlis hari ini ialah Pengarah LKIM Johor, Noslan Setat, Pengarah Perikanan Johor, Zamani Omar dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Johor (JOSFA), Datuk Mohamad Dolmat.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel