Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pilih pengangkutan awam selamat untuk kegunaan pelajar - PPIK


Tarikh kemaskini: 08/07/2019





KOTA BHARU, 8 Julai (Bernama) -- Semua pihak termasuk pentadbiran sekolah, ibu bapa dan pengusaha bas perlu lebih serius dalam menjaga keselamatan pelajar yang menggunakan bas untuk tujuan aktiviti luar.

Nasihat itu diberikan oleh Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam (PPIK) Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berikutan kejadian murid tahun enam, Mohammed Adam Mohd Suria, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok Machang, yang meninggal dunia selepas terjerlus akibat lantai bas yang reput.

Semasa kejadian, Allahyarham bersama 30 murid lain dalam perjalanan ke bukit Kluang Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris.

Mohd Fared berkata pihak pentadbiran sekolah perlu lebih tegas dalam memilih syarikat bas yang hendak digunakan untuk membawa pelajar untuk aktiviti luar sekolah.

"Pihak sekolah sendiri memang sedia maklum perangai atau sikap kanak-kanak atau pelajar yang sukar dibendung bila teruja beraktiviti luar sekolah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

"Keadaan fizikal bas terutamanya perlu diperiksa oleh sekolah dan ibu bapa sebelum bersetuju untuk menyewa bas berkenaan," katanya.

Mohd Fared berkata pengusaha dan pihak sekolah perlu memastikan  pelajar berdisiplin semasa dalam perjalanan bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

"Begitu juga pengusaha bas perlu memeriksa kenderaan mereka dengan sempurna seperti yang ditetapkan dan bukan sambil lewa kerana ia melibatkan nyawa penumpang atau pelajar dan sekali gus bagi mengelak penumpang daripada berdepan dengan risiko keselamatan sekiranya berlaku sesuatu," katanya.

Mohd Fared berkata PPIK bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas pelajar berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

-- Bernama


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel